Sunday 31 July 2011

Produk Susu 1 Malaysia

Tujuan Susu 1 Malaysia atau PS1M Dibuat:

Ia adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk melihat dan menggalakkan gaya hidup sihat kepada rakyat, khasnya murid-murid sekolah rendah supaya mendapat bekalan vitamin, kalsium dan protein yang secukupnya.

Dasar kerajaan adalah memberi mandat kepada syarikat yang berkemampuan untuk menjalankan projek ini. Ianya tidak diberikan kepada syarikat-syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan kelengkapan yang baik kerana adanya pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara syarat-syarat dan keperluan yang diperlukan untuk menjadi pembekal PS1M ialah seperti:

1. Mempunyai tempat penyimpanan yang baik- memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KKM dari segi  kebersihan, keluasan, system FIFO (first in fisrt out)
2. Kebersihan pengangkutan- diverifikasikan terlebih dahulu
3. Mempunyai tempat penyimpanan yang baik di sekolah- diperiksa secara rawak.
4. Barang-barang bersistematik- mudah “traceability” jika berlaku masalah.

Untuk makluman awam, semua ini dikawal dan dipantau oleh KKM. Berikutan itu, jika syarikat-syarikat tidak melepasi tahap piawaian yang ditetapkan, mereka tidak akan diberi peluang untuk menjadi pembekal kepada PS1M. Jadi di sini, tidak timbul jika ada yang mengaitkan isu pembekal adalah terdiri daripada kroni-kroni kerajaan.

KKM hanya memberi kelulusan pengedaran ke sekolah dan batch-batch tertentu secara berperingkat dengan syarat-syarat yang ketat.

Sekiranya produk yang diambil mendatangkan masalah kepada murid, ianya berkemungkinan disebabkan oleh faktor murid itu sendiri dengan mengambil kira andaian :

1. Waktu murid itu meminum susu.
2. Latar belakang keluarga.
3. Ketahanan murid mengenai susu.
4. Kekerapan murid minum susu.

Faktor paling penting ialah adakah murid itu dapat mencerna atau menghadam lactose dengan baik.
Sekiranya tidak dapat dicerna dengan baik, maka kemungkinan, baru akan berlaku alahan seperti muntah, cirit birit dan lain-lain.

Murid harus dididik untuk minum susu setiap hari (jika boleh) untuk mengelakkan alahan, kecuali murid tersebut telah disahkan oleh doktor mengatakan bahawa dia tidak boleh minum susu.

Sekiranya kerajaan mengkaji semula berkenaan PS1M :

1. Penukaran pembekal.
Penukaran pembekal sekiranya dibuat sekalipun,jika masalah yang timbul berkaitan alahan, ianya tetap tidak dapat diselesaikan.
Ia akan mewujudkan keadaan yang lebih teruk kerana tidak semua syarikat berpengalaman
dalam menangani masalah ini.

2. Penukaran susu kepada kacang soya.
Tujuan asal kerajaan adalah untuk memberi khasiat kalsium, vitamin dan protein kepada murid.

Semua maklum, susu adalah sumber terkaya dengan kalsium.

Jadi, sekiranya susu ditukar kepada kacang soya, ianya hanya terdapat sedikit kalsium semulajadi terlarut yang dapat diperolehi kerana kebanyakan kalsium terikat pada hampas soya.

Sekiranya tambahan kalsium diperlukan, kosnya adalah agak tinggi.

Bagi menangani masalah alahan susu, semua pihak sepatutnya memberi cadangan pembaikpulihan dan pembetulan yang patut dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran dan syarikat pembekal, dan bukan hanya mengaitkan sesuatu itu dengan kronisme atau dengan kata lain jangan dipolitikkan isu Susu 1 Malaysia (PS1M) ini. Sekian.

Ulasan Najib Mengenai PS1M



KUALA LUMPUR 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelancaran program Susu Sekolah 1Malaysia semalam amat penting bagi melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas.
 
Perdana Menteri berkata, terdapat sesetengah akhbar hari ini yang hanya menyiarkan tajuk dan berita mengenai program susu sekolah diperkenalkan semula tanpa memberikan keutamaan mengenai tujuan sebenar ia dilaksanakan.
 
''Ia sebenarnya mempunyai matlamat lebih besar berbanding apa yang disiarkan oleh akhbar iaitu melahirkan generasi muda Malaysia pada masa depan yang lebih dinamik dengan ciri-ciri yang saya telah sebutkan.
 
''Saya percaya ia akan memberi kesan yang besar kalau kita dapat mendidik setiap murid di sekolah rendah untuk membiasakan diri meminum susu yang mempunyai kalsium tinggi setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Hidup Bersama Dalam Masyarakat Berbilang Kaum anjuran Yayasan 1Malaysia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini.
 
Semalam, Najib melancarkan program Susu Sekolah 1Malaysia di Sandakan, Sabah yang pelaksanaannya akan dimulakan awal bulan depan melibatkan semua murid sekolah rendah.
Program susu ini akan melibatkan peruntukan sedia ada Kementerian Pelajaran kira-kira RM4 juta yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
 
Dalam pada itu, Najib berkata, susu terbabit akan dibekalkan oleh penternak di Sabah yang kini mampu mengeluarkan produk berkenaan dalam jumlah yang banyak.
''Sabah banyak mengeluarkan susu. Kita juga dapat membantu pengusaha dan penternak mendapat pendapatan lebih tinggi," ujarnya.

Utusan

Program Susu Sekolah 1Malaysia (PS1M) Dilancar



Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama Musa Aman (tiga dari kanan), Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengagihkan susu kepada pelajar selepas melancarkan Susu Sekolah 1Malaysia pada perasmian Program Juara Rakyat peringkat negeri Sabah di Sandakan, semalam. - BERNAMA



SANDAKAN 16 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Susu Sekolah 1Malaysia dalam usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas.

Najib berkata, program yang akan dimulakan awal bulan depan melibatkan semua murid sekolah rendah.

"Sebenarnya hari ini empat dalam satu yang mana kita menyambut Juara Rakyat, kedua Hari Malaysia, ketiga Semangat 1Malaysia dan satu lagi Susu 1Malaysia.

"Ia merupakan cita-cita saya bagi membangunkan generasi baru Malaysia yang lebih besar tubuh badan dan cergas otaknya.

"Jadi saya hendak memperkenalkan susu 1Malaysia yang akan dibekalkan kepada semua murid sekolah rendah dari Perlis hingga ke Sabah," katanya ketika berucap pada program Juara Rakyat Peringkat Negeri Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran Sandakan di sini hari ini

Menurut Najib, program susu ini akan melibatkan peruntukan sedia ada Kementerian Pelajaran kira-kira RM4 juta.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa bagi membolehkan semua murid sekolah rendah terlibat.

Dalam pada itu Najib berkata, susu berkenaan akan dibekalkan oleh pengeluar tempatan.

"Saya diberi jaminan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa Sabah mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan program susu 1Malaysia ini untuk semua sekolah rendah," katanya.

Beliau turut menyeru penduduk di negeri ini mengambil kesempatan dengan melibatkan diri dalam penternakan lembu tenusu bagi menambah pendapatan.

Saturday 30 July 2011

Cara Untuk Tengok File Yang Disorok Oleh Virus

Pernahkah Pc anda atau External Hard Disk/ Pendrive mengeluarkan view display dengan ikon shortcut 
pada folder2 di dalamnya? Itu maknanya Pc atau External Hard Disk/ Pendrive telah dijangkiti virus. Ia menyembunyikan folder sebenar dan menggantikan folder palsu dengan nama yang sama dengan folder asal.
Tetapi hanya sebagai ikon short cut dan tiada file di dalamnya. 

Cuba gunakan langkah2 ini untuk mengatasi masalah folder tersembunyi ini:

1-  Pergi ke Control Panel=>Folder Options=>pilih VIEW=>pilih Show hidden files and folders dan 
      kosongkan kotak Hide protected operating system files (recommended) dan klik APPLY.                .

2-  Buka semula external media anda, ia sepatutnya telah menampakkan kembali folder2 yang tersembunyi  
     dalam external media anda termasuklah virus tersembunyi itu. Buang virus itu dan semua folder yang ada 
     shorcut ikon. Buat 1 folder baru dan copy semua folder yang tersembunyi tadi ke dalamnya. Kemudian 
     buang semua folder tersembunyi tadi.

3-  Masuk ke Task Manager (ctrl+alt+del), cari program yang masih berjalan yang mempunyai nama yang 
     sama dengan folder/file yang anda baru buang tadi. Klik kanan dan open dan akan menampakkan anda 
     dengan virus tersebut.Buang virus itu.

4- Masuk balik ke Contol Panel=>Folder Options=>pilih VIEW=>pilih Don't show hidden files and folders
     dan tanda semula kotak Hide protected operating system files (recommended).

5- Restart pc anda. Masuk Task Manager dan tengok sekiranya program itu masih berjalan atau tidak.

SELAMAT MENCUBA!!!