Pernahkah Pc anda atau External Hard Disk/ Pendrive mengeluarkan view display dengan ikon shortcut
pada folder2 di dalamnya? Itu maknanya Pc atau External Hard Disk/ Pendrive telah dijangkiti virus. Ia menyembunyikan folder sebenar dan menggantikan folder palsu dengan nama yang sama dengan folder asal.
Tetapi hanya sebagai ikon short cut dan tiada file di dalamnya.
Cuba gunakan langkah2 ini untuk mengatasi masalah folder tersembunyi ini:
1- Pergi ke Control Panel=>Folder Options=>pilih VIEW=>pilih Show hidden files and folders dan
kosongkan kotak Hide protected operating system files (recommended) dan klik APPLY. .
2- Buka semula external media anda, ia sepatutnya telah menampakkan kembali folder2 yang tersembunyi
dalam external media anda termasuklah virus tersembunyi itu. Buang virus itu dan semua folder yang ada
shorcut ikon. Buat 1 folder baru dan copy semua folder yang tersembunyi tadi ke dalamnya. Kemudian
buang semua folder tersembunyi tadi.
3- Masuk ke Task Manager (ctrl+alt+del), cari program yang masih berjalan yang mempunyai nama yang
sama dengan folder/file yang anda baru buang tadi. Klik kanan dan open dan akan menampakkan anda
dengan virus tersebut.Buang virus itu.
4- Masuk balik ke Contol Panel=>Folder Options=>pilih VIEW=>pilih Don't show hidden files and folders
dan tanda semula kotak Hide protected operating system files (recommended).
5- Restart pc anda. Masuk Task Manager dan tengok sekiranya program itu masih berjalan atau tidak.
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment