Tuesday 16 August 2011

Renungan...

Salam dan selamat sejahtera semua..Moga sihat dan bahagia bersama insan tersayang. Pada entry kali ni saya nak kongsi skit kisah yg boleh kita jadikan pedoman bersama. Citer  ni saya dapat dari teman saya yang mengalaminya.Saya pastekan di sini untuk smua.

salam n pagisssssssss smua
just to share with u all
al kisah smlm bila smpai kat rmh dlm pkul 1.25ptg
mcm x der apa2 yg berlaku sbb x der org pn kat rmh arwah
maksud aku x der org2 dtg menziarah seperti biasa
org2 tua berkopiah usang,ank2 muda bermotor kapcai
smuanya x kelihatan di rumah si arwah
so aku pn trus masuk rmh aku dulu lh sbb rmh arwah berdepan pintu je dgn rmh aku
bila aku masuk isteri aku trus ckp jenazah arwah dh OTW ke mari dr hsptal selayang
dlm kul 2.30ptg smpailh katanya
kul 2.00ptg aku jenguk lagi ke dpn rmh tp suasana masih mcm td
masih sunyi n sepi.....
jd bl keadaan masih mcm tu aku pn apa lg........
campak badan aku yg fit ni ke atas tilam lh zzzzzzzzzzz....
kul 3.30 isteri aku kejutkan aku dia kata jenazah
x dibawa balik kermh dia cm trus ke masjid untuk d mandikan
n dismbayangkan sblm d kebumikan............
dia kata sblm asar nk d kem=bumikan
so aku pn bgn mandi...lps tu aku ke masjid
tp..................................
keadaan masih sama cm ada beberapa org je
yg aku tau waris dia 2 org lelaki n bini2 diorg lh
yg selebihnya org2 masjid yg x der p'talian darah
aku bertanya pd imam....kata imam cblh tgok  d kubur
mnkn ramai yg trus ke sana tuk menolong mengali kubur
so apa lagi aku mmg gemar btul bab2 mengali kubur ni
tp bl smpai d sana cm ada 3 org je yg mengali kubur
salah satunya anak sulung aku yg mcm hulk hogen
aku bertanya kepada ank aku....mana org2 lain g
ank aku kata mana ada org dtg cm mcm ni je keadaan dr awl2 td lg
mlm td kenduri tahlil arwah yg pertama tp yg dtg cm 2 ank arwah n
kami anak n menantu dr belah kakak ipar aku
so adalh dlm 15 org
tp nk buat mcm mna truskan lh jugak tahlil tu
wlw d buat dlm keadaan serba ringkas
lps majlis tu imam dtg rmh aku bertanyakan hal arwah
mcm2 imam tanye sbb imam pn x kenal dia
tergagap jugak lh aku nk menjawab soalan2 imam
ialah ko org gila ke nk menceritakan keburukan org yg dh mati
...............................................................................................
teman2 ku sekelian..........
aku saja nk share cerita ni sbb aku nk ia d jdkn panduan kita
n x terniat langsung nk mendedahkan aib atau apa2 niat buruk lain
lebih2 lg arwah tu biras aku......................................................
Arwah ni sbnr nya baru je jd biras aku dlm 1 thun, org nye dh tua dlm usia 60thun,
aku dpt tau ank dia 6 org smuanya n dh berkerjaya n berkawin pn
tp sejak jd biras aku dia mmg x pernah bertegur sape dgn aku wlwpn rmh kami berdepan je,
yg lebih malang dgn jiran2 pn x pernah melontarkan senyuman apatah lg bertegur sape.
Dia ni x pernah menghadiri apa2 acara d kampung baik apa saja acara
yang aku rasa ralat sgt kakak ipar aku pn turut sama mcm dia ni abis dgn ank2 dara dia
pn mcm tu jgk.........maklumlah dpt laki kaya wlwpn tua x per
so mereka ni aku tgok hidung tinggi sgt...berlagak x tentu psal
aku sndiri x pernah masuk rmh dia wlw pn dia tu kakak ipr aku
so..............................
teman2 ku sekelian igtlh.......
bila kita mati blm tentu ank2 yg kita doakan siang n malam
akn dtg menguruskan jenazh kita
tp jiran tetanga n org2 kampung lh yg menjadi tunjang dlm urusan ni
mnkn arwah ada krisis dgn ank2 dia sbb tu mereka yg 4 org lg x dtg
tp bg aku mcm mn skali pn klau dh bapak kita yg mati.................
ko org jwp lh sendiri nk buat apa.....
dengan jiran tetanga n org kampung.....
walau sekaya mana pn kita ni
kalau sombong n berlagak x tentu pasal....
inilh jadi nya..........
yg tua n yg muda x kenal kita
bergaul lh n berbuat baik lh dengan mereka
sbb mereka lh yg terdekat dgn kita
wlw x der pertalian darah dgn kita
bila kita mati mereka lh yg terawal dtg
bkn nye ank2 atau sedara mara yg jauh2 tu
ntahlh.........
aku jd mrh dgn ank2 tiri arwah smlm
sbb bnde ni jd dpn mata aku
aku sedih bkn sbb arwah mati tp
sbb x rmai jiran n org2 kmpung datang
tp..................
x kn aku nk salahkn diorng
sorry gengssssssss...........
pg2 ni ko org dpt email berjela2 ni

Kayakah kita? Berpangkatkah kita? Berhartakah kita? itu semua tiada makna jika kita hanya dengan dunia kita tanpa menghiraukan orang di sekililing kita.
akhir kata cter yg saya kongsikan di sini adalah renungan kita bersama. SEKADARR....

Saturday 13 August 2011

Temubual Dengan Pelajar Mengenai PS1M


Salam dan selamat sejahtera semua. Baru2 ini saya mengikuti rombongan ke sekolah2 di Johor untuk Program Susu 1 Malaysia (PS1M). Sempat juga menemuramah adik2 di sana mengenai PS1M ini. Berikut adalah temubual santai dengan murid-murid di salah sebuah sekolah di Johor dalam bentuk soft copy dan video..
SK. POLIS KEM


TARIKH                   : 21/07/2011

NAMA PELAJAR : MOHD HARRIS DANNY

TAHUN                 : 3 UM

SOALAN 1             : ADAKAH ANDA SUKA MINUM SUSU?

JAWAPAN            : YA

SOALAN 2             : BERAPA KERAP MINUM SUSU DALAM 1 HARI?

JAWAPAN            : 6 KALI

SOALAN 3             : SUSU PERISA APA YANG BIASA ANDA MINUM?

JAWAPAN            : SUSU PUTIH ATAU COKLAT (TIDAK KISAH ASALKAN SUSU)

SOALAN 4             : PERNAH MENGALAMI MASALAH KESIHATAN KERANA MINUM SUSU?

JAWAPAN            : TIDAK PERNAH

SOALAN 5             : MAHU LAGI SUSU PS1M KALAU DIBERI?

JAWAPAN            : YA. KALAU BOLEH SELALU

*******************************************************
NAMA PELAJAR : NUR HADZIAH RAMLI

TAHUN                : 5 USM

SOALAN 1           : ADAKAH ANDA SUKA MINUM SUSU?

JAWAPAN          : YA

SOALAN 2           : BERAPA KERAP MINUM SUSU DALAM 1 HARI/ MINGGU?

JAWAPAN          : 3 KALI SEMINGGU

SOALAN 3           : SUSU PERISA APA YANG BIASA ANDA MINUM?

JAWAPAN          : SUSU COKLAT (DUTCH LADY)

SOALAN 4           : PERNAH MENGALAMI MASALAH KESIHATAN KERANA MINUM SUSU?

JAWAPAN          : TIDAK PERNAH

SOALAN 5           : MAHU LAGI SUSU PS1M KALAU DIBERI?

JAWAPAN          : YA.
******************************************************


TARIKH                   : 19/07/2011

NAMA PELAJAR : MOHD AQIF ISYRAF

TAHUN                : 5 USM

SOALAN 1           : ADAKAH ANDA SUKA MINUM SUSU?

JAWAPAN          : YA

SOALAN 2           : BERAPA KERAP MINUM SUSU DALAM 1 HARI/ MINGGU?

JAWAPAN          : 2 KALI SEHARI

SOALAN 3           : BAGAIMANA RASA SUSU 1 MALAYSIA YANG ANDA MINUM?

JAWAPAN          : BEST DAN SEDAP

SOALAN 4           : PERNAH MENGALAMI MASALAH KESIHATAN KERANA MINUM SUSU?

JAWAPAN          : TIDAK PERNAH

SOALAN 5           : MAHU LAGI SUSU PS1M KALAU DIBERI?

JAWAPAN          : YA. MAHU LAGI JIKA DIBERI

SOALAN 6           : ADAKAH ANDA AKAN MENGESYORKAN SUSU PS1M KEPADA KAWAN-KAWAN?
JAWAPAN          : YA. SAYA AKAN MEMBERITAHU KEPADA KAWAN-KAWAN DI SEKOLAH LAIN

 TEMUBUAL VIDEO

Monday 1 August 2011

Susu makanan lengkap untuk semua

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini disalin dari akhbar Metro Ahad, 15 Mei 2011 dilaporkan  oleh Hidayatul Akmar Ahmad, m/s  F2, sisipan SIHAT. Maklumat lanjut berkaitan kesihatan sila bertanya kepada yang pakar.

Ulasan Dari Pakar Pemakanan UKM, Prof Dr. Norimah A Karim


KEBAIKAN pengambilan susu terhadap tubuh manusia sememangnya tidak dapat disangkal, apalagi kajian membuktikan ia makanan lengkap yang mengandungi semua nutrien diperlukan untuk kesihatan optimum bagi pelbagai peringkat umur, daripada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa.

Susu mengandungi zat bermanfaat, antaranya kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink, riboflavin, potassium, sodium, zat besi dan sulfat.
 
Susu berada dalam kategorinya yang tersendiri kerana ia mengandungi mineral penting yang tidak dapat digantikan oleh kumpulan makanan lain.
Pengambilan susu sejak kecil dan sepanjang hayat membolehkan seseorang itu memiliki tahap tulang yang kuat serta kesihatan tubuh badan keseluruhannya.
 
Susu sama juga seperti makanan lain mengandungi gula semula jadi di dalamnya dalam bentuk laktosa selain bentuk gula lain seperti fruktosa, sukrosa dan sirap pejal yang semuanya bergabung untuk memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.
 
Menepis tanggapan sesetengah orang, susu tidak menggemukkan walaupun ia diberi tambahan gula dan kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan susu dan makanan bersusu tampil lebih langsing berbanding mereka yang tidak minum susu.

Kajian juga menunjukkan pengambilan susu sebagai sebahagian diet untuk mengawal kalori berjaya mempercepatkan pengurangan berat badan, terutama di kawasan abdomen, sekali gus merendahkan risiko penyakit memandangkan pertambahan lemak di kawasan terbabit sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.
 
Oleh itu, kepercayaan bahawa gula tambahan dalam susu mampu menggemukkan adalah tidak berasas memandangkan penyumbang masalah berat badan berlebihan bukan berdasarkan hanya satu jenis makanan tetapi ia disumbangkan oleh lebihan gula dalam keseluruhan pemakanan lain yang diambil secara tidak terkawal.

Malah kajian menunjukkan pengambilan susu secara berterusan mampu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kencing manis jenis dua, iaitu masalah yang sudah lama membelenggu masyarakat, termasuk kanak-kanak.
 
Secara amnya, kebanyakan susu membesar di pasaran mengandungi gula asli yang jumlah keseluruhannya kurang daripada 40 gram bagi setiap 100 gram susu tepung dan ia tidak memberi kesan negatif pada kesihatan kanak-kanak, malah diperlukan untuk tumbesaran sempurna.
 
Kandungan susu membabitkan empat jenis karbohidrat dan hanya dua adalah gula iaitu Monosakarida (glukosa) dan Disakarida (sukrosa), manakala dua lagi bukan gula iaitu Oligosakarida (FOS) dan Polisakarida (kanji).
 
Pakar Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norimah A Karim berkata, ibu bapa perlu sedar kandungan gula hadir secara semula jadi dalam semua jenis kumpulan makanan dan pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat akan menentukan seseorang itu dapat mengekalkan berat ideal.
 
Katanya, bukan semua karbohidrat dalam susu bersifat gula dan kehadiran karbohidrat dalam bentuk Oligosakarida membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria bagus untuk menyokong persekitaran usus yang sihat.
 
“Tanggapan bahawa gula dalam susu menggemukkan adalah tidak tepat kerana bukan semua karbohidrat dalam susu bersifat gula, malah pengambilan makanan lain dalam jumlah tidak terkawal sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak.
 
“Salah mengatakan gula dalam susu penyumbang kepada masalah kegemukan, sedangkan peranan gula dalam susu sangat penting kerana ia adalah sumber tenaga dan diperlukan untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
 
Dr Norimah berkata, susu adalah makanan lengkap dan pembekal zat untuk pertumbuhan tubuh kanak-kanak serta memberi tenaga kepada otak untuk menjalankan fungsinya. Katanya, sepatutnya ibu bapa memberi perhatian kepada pemakanan anak-anak mereka secara keseluruhan, termasuk mengawal pengambilan coklat, minuman berkarbonat, gula-gula dan kek yang secara terang-terangan mengandungi gula yang tidak mempunyai nilai nutrien, bagi mengelak anak mereka mengalami masalah obesiti.
 
Menurutnya, berbanding makanan lain, pengambilan susu atau produk bersusu seperti keluaran Dutch Lady antara satu hingga tiga kali sehari adalah penting bagi memastikan kesihatan tulang serta tubuh terjamin.
“Selain gula, makanan lain yang mempunyai minyak, protein dan lemak juga mengandungi tenaga yang jika tidak dikawal, turut menyumbang kepada masalah kegemukan kanak-kanak.
 
“Gula asli dalam susu adalah laktosa tetapi bukan semua kanak-kanak mempunyai daya toleransi terhadap kandungan laktosa tinggi dalam susu, disebabkan itu ada gula jenis lain yang ditambah dalam susu namun ia masih mempunyai fungsi sama iaitu memberi tenaga dan tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak,” katanya.
 
Malah, katanya, penambahan gula dalam susu juga bagi menggalakkan kanak-kanak minum susu untuk mendapatkan khasiat keseluruhannya.
Sementara itu, Presiden Nutrition Society of Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, susu adalah makanan terbaik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi lebih daripada kalsium bagi memastikan pertumbuhan tulang dan kesihatan yang optimum.
 
Katanya, walaupun susu diketahui baik untuk kesihatan bukan saja kanak-kanak malah orang dewasa, masih timbul pelbagai persoalan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
“Antara kekeliruan itu adalah gula dalam susu membesar boleh membuatkan kanak-kanak menjadi gemuk tetapi sebenarnya kenyataan itu tidak benar.
“Garis panduan pemakanan di negara ini menyarankan seseorang kanak-kanak itu minum antara satu hingga dua gelas susu sehari manakala dua gelas sehari untuk orang dewasa untuk mendapat khasiat pemakanan lengkap,” katanya.

Susu penting untuk kanak-kanak sedang membesar



Oleh WINNIE CHEE

PENGAMBILAN susu di kalangan kanak-kanak sekolah didapati semakin menurun. Di Malaysia, misalnya kebanyakan ibu membenarkan anak mereka berhenti minum susu sewaktu mereka masih di peringkat prasekolah lagi.

Antara sebabnya adalah kerana anak enggan minum susu dan menganggap ia adalah makanan untuk bayi. Pada masa sama, kanak-kanak mula menggemari minuman lain, terutama minuman ringan dan kordial. Tambahan pula, ramai kanak-kanak tidak merasai kepentingan minum susu sedangkan tiada sesiapa dalam keluarga yang berbuat demikian.

Sebagai ibu bapa, kita harus mengetahui khasiat susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Ini memastikan mereka menerima pemakanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan ceria sepanjang zaman kanak-kanak.

Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Semua nutrien ini penting untuk satu atau lebih jenis fungsi. Bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu menjadikannya istimewa.

Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, umpamanya aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Apa yang juga perlu diketahui ialah apabila kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Setiap orang memerlukan kalsium sepanjang hayat. Mengikut kajian, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium per setiap unit berat badan jika dibandingkan dengan orang dewasa. Kekurangan kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum (atau dikenali sebagai peak bone mass). Ini boleh meningkatkan risiko terhadap osteoporosis (penyakit tulang rapuh) di kemudian hari.

Pengambilan kalsium yang mencukupi menolong memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Mineral ini boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan (misalnya sardin dan ikan bilis), kekacang, produk kekacang (misalnya tauhu, fucok dan tempe) dan buah-buahan kering (misalnya kismis, kurma, aprikot dan prun). Sayuran berdaun hijau (misalnya bayam dan kailan) juga mengandungi kalsium.

Satu sumber kalsium yang kaya (dan mungkin paling senang diperoleh daripada diet) ialah susu dan produk tenusu. Kalsium susu adalah paling mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Dua gelas susu setiap hari boleh membekalkan jumlah kalsium yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar.

Susu juga mudah dan senang untuk dihidangkan sehingga anak anda boleh minum susu pada bila-bila masa.

Anda boleh tuangkan susu ke dalam semangkuk bijirin sarapan yang sedia untuk dimakan atau hidangkan segelas susu bersama dengan roti sandwic. Apa jua caranya ia adalah sarapan yang cepat lagi berkhasiat untuk anak anda sebelum pergi ke tadika.

Apabila anak anda berasa lapar di antara waktu makan utama, berikannya sepaket susu. Anda juga boleh memberikannya beberapa keping biskut penuh mil dan ini adalah snek segera yang sihat.

Kadangkala, anak anda mungkin kurang berselera atau berkeras hanya mahu makan sejenis makanan saja. Sekali lagi, susu boleh dijadikan penyelamat! Walaupun ia tidak boleh menggantikan diet yang seimbang, kandungan nutrien dalam susu boleh membantu anak anda pada waktu sebegini.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari.
·        Dapatkan semua ahli keluarga minum susu. Anak anda juga tidak mahu ketinggalan apabila melihat semua orang berbuat demikian.
·        Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa.
·        Hidangkan susu kotak secara sejuk dan susu tepung secara suam.
·        Ceritakan khasiat susu kepada anak. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu gemar minum susu.
·        Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan milktail. Jika anda kisar bersama ais, anda akan memperoleh minuman susu kocak ais yang istimewa sekali.
·        Walaupun ramai khuatir mengenai pengambilan lemak berlebihan, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tidak seharusnya diberi susu rendah lemak, susu skim atau susu tanpa lemak, kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan/diet dan pakar pediatrik. Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan ia boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.

Susu mentah perlu menjalani proses pempasteuran untuk membasmi bakteria yang terkandung. Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang biasa digunakan, termasuk UHT (ultra-high temperature), sterilisasi, dan ultra-pasteur. Ini bukan saja menjadikan susu selamat untuk diminum, tetapi juga memanjangkan hayatnya tanpa penambahan sebarang bahan pengawet.

Proses-proses tersebut memberi sedikit kesan kepada kandungan nutrien susu. Dengan perkataan lain, khasiatnya dikekalkan. Kini, susu yang terdapat di pasaran ditambah dengan sesetengah nutrien, misalnya beta-karotin, vitamin E, vitamin C, kalsium, serat makanan atau asid lemak perlu, seperti Omega 3 dan 6. Ini bertujuan memperkayakan susu supaya dapat memberi lebih khasiat nutrien.

Walaupun teknologi yang maju telah digunakan dalam pengeluaran susu, pastikan anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada paket susu. Jangan membeli susu yang tinnya kemek atau paket yang tembam. Susu sepatutnya diminum sebaik saja ia disediakan, dan tidak dibiarkan terdedah kepada habuk dan kerosakan. Simpan susu tepung di tempat yang kering dan sejuk.

WINNIE Chee adalah Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia dan Ahli Panel Penasihat Program Pemakanan Permulaan Ceria. Beliau adalah seorang pakar diet dan juga pensyarah dalam bidang pemakanan dan dietetik.