Thursday 27 October 2011

Roud Tour PS1M Ke Sekolah

Sesi penerangan kepada team PS1M tentang cara2 pemberian susu
Salam sejahtera semua. Pada sekitar Julai & Ogos lalu, team PS1M telah menjalankan pengedaran susu 1Malaysia ke sekolah2 sekitar Johor dan Pahang. Selain sekolah kebangsaan, pengedaran juga dilakukan ke sekolah2 jenis kebangsaan.

Sebelum operasi, satu sesi penerangan telah dibuat bertujuan untuk memberitahu kepada kakitangan2 tentang cara2 pemberian susu yang betul kepada murid2 sekolah mengikut profile murid2. Ini kerana setiap murid mempunyai tahap penerimaan yang berlainan. Sesi penerangan ini penting supaya kakitangan yang bertugas dapat menjalankan tugas mereka dengan efisyen dan lancar serta tidak membuat kesilapan yang boleh mendatangkan kesan kepada murid2 yang meminum susu.

Gambar team PS1M di depan pintu utama salah sebuah sekolah di Johor
Sepanjang sesi pemberian Susu 1Malaysia, team PS1M telah mendapat kerjasama yang sebaiknya dari pihak sekolah baik dari segi pengurusan murid2, layanan kepada kakitangan PS1M, dan juga informasi2 yang diperlukan oleh pihak PS1M. Pihak Pejabat Daerah melalui pegawainya dan pihak sekolah melalui Guru Besar dan guru2 yang mengawalselia sesi pemberian Susu 1Malaysia mempunyai tatacara layanan profesional dan baik serta mesra. Ini memudahkan team PS1M untuk melakukan tugas2 mereka.
Bersama Guru Besar (atas) & Pegawai Pendidikan Daerah (bawah)

Kerjasama & kemesraan dari pihak mereka menunjukkan bahawa Program Susu 1 Malaysia mendapat sokongan dan maklum balas positif seterusnya menangkis persepsi2 negatif pihak2 tertentu tentang PS1M.

Program PS1M
bukan hanya sekadar 1 program retorik rasmi sahaja, bahkan juga dapat dijadikan sebagai medium untuk mendekati golongan kanak2 & pendidik dengan lebih akrab lagi.

Wakil PS1M bersama guru & murid2

Pengedaran Susu 1 Malaysia tidak hanya dilakukan ke sekolah2 kebangsaan saja, malah juga ke sekolah2 jenis kebangsaan

Sesuatu yang menarik, pihak sekolah diwakili Guru Besar dan Guru Penyelia serta guru2 lain memberikan kerjasama yang cukup baik. Murid2 juga seronok
dan mengharapkan agar diberi susu lagi.

Secara sedar atau tidak PS1M telah melangkaui batas bangsa dan bahasa serta mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia.

Melalui PS1M juga, murid2 dibimbing untuk lebih menghargai alam sekitar di mana selepas minum susu, kotak2 susu dimanfaatkan oleh murid2 untuk dikitar semula. 1 lagi kebaikan PS1M secara tidak langsung.
Murid2 di sekolah jenis kebangsaan

Murid2 sibuk dengan kotak2 susu mereka untuk dikitar semula





AMACAM??






BEST X?








PROGRAM SUSU NI? 





MACAM2 FAEDAH KAN??

Thursday 20 October 2011

Melahirkan Generasi Baru Cerdas Bersama Susu 1Malaysia


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Progam susu percuma di sekolah-sekolah, yang dihentikan pada 2007 kerana ada murid yang meminumnya mengalami keracunan makanan, kini disambung semula dengan nama dan nafas baru.

Program Susu 1Malaysia (PS1M), yang dilancarkan pada 16 Sept, 2011, bukan sesuatu yang berbau politik atas sebab namanya ataupun sesuatu yang sia-sia walaupun terdapat kes keracunan sebelum ini.
Sebaliknya, program ini, yang pada asalnya diperkenalkan pada 1980, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat, cerdas dan lebih dinamik.

Memandangkan susu sangat berkhasiat, lebih 50 negara di seluruh dunia menjalankan skim susu percuma untuk pelajar sekolah, antaranya Thailand, Iran, United Kingdom, New Zealand dan Palestin.

Pengalaman di Thailand menunjukkan skim ini berjaya mengurangkan masalah kekurangan zat seimbang daripada 20 peratus kepada hanya sembilan peratus di samping meningkatkan purata tumbesaran ketinggian murid daripada 2cm ke 5cm setahun.

Tetapi ekoran siri keracunan makanan dan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap skim ini, kanak-kanak dan ibu bapa berasa was-was untuk memanfaatkan program ini.

MENGENALI SUSU UHT

Susu 1Malaysia yang dibekalkan kini masih daripada susu UHT dan menjadi pilihan terbaik dengan pelbagai usaha diambil untuk mengelakkan keracunan.

Menurut Rohana Safinah Abdul Hamid, Ketua Bahagian Korporat dan Perundangan Dutch Lady Malaysia Berhad (DLMB), susu UHT ini selamat dan mampu bertahan sekurang-kurangnya 10 bulan daripada tarikh ia diproses.

"Susu UHT melalui satu proses penyahkuman di mana ia dimasak pada suhu 135-140 darjah Celcius selama dua hingga 10 saat, dan selepas penyejukan cepat ia segera diisi dalam kotak antiseptik.

"Proses ini dapat membunuh semua bakteria lalu memanjangkan tempoh hayat susu tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet," kata Rohana.

Beliau turut menjelaskan sebarang pencemaran kuman dalam proses ini dapat dikesan dengan mudah dalam masa tujuh hari selepas pembungkusan kerana ia akan mengakibatkan kotak susu mengembung.

PEMBUNGKUSAN SELAMAT

Pakar Pengurusan Kualiti Tetra Pak, syarikat yang membekalkan kotak pembungkusan susu, Rina Yeo berkata kotak Susu 1 Malaysia mempunyai enam lapisan yang terdiri daripada polietilin, kertas, dan aluminium.

"Sebagai contoh, lapisan 'polietilen' di luar melindungi susu daripada lembapan dari luar, lapisan kertas di tengah memberi kestabilan dan kekuatan pada struktur kotak, serta lapisan aluminium di dalam melindungi susu daripada bau-bauan, oksigen dan cahaya".

"Ini membantu memastikan susu yang dipek tahan lama dan kekal segar tanpa perlu menggunakan sebarang bahan pengawet," tambahnya lagi.

Cara susu ini diedarkan juga memberi kesan pada kualitinya.

Menurut Ahmad Azman Sharif, Pengarah di Konsuma Sdn. Bhd (KSB), syarikat logistik yang bertanggungjawab mengedarkan susu kepada 273,459 pelajar di 1,462 buah sekolah di seluruh negeri Johor dan Pahang; "ini bukan satu tugas mudah".

Tambah Azman, pihaknya terpaksa menghadapi cabaran untuk membekal susu yang dikeluarkan ke tiga jenis penempatan yang berlainan iaitu pedalaman, pulau dan daratan.

Menyedari risiko yang tinggi dalam pembekalan produk sensitif seperti susu, pihaknya sentiasa memastikan kenderaan pengangkut di darat dan air mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan risiko pencemaran.

SUSU SEGAR MALAYSIA

Susu segar bagi program ini dibekalkan oleh Sabah International Dairies Sdn. Bhd (SID).

Hanna Moo, Pengurus Bahagian Pengurusan Kualiti SID berkata syarikatnya menjalankan kerjasama dengan pihak veterinar sejak tahun 1980 untuk memastikan kualiti susu menepati piawaian yang diperlukan.

Di kilang, susu yang dibekalkan sekali lagi disaring untuk memastikan kualiti susu benar-benar terjamin sebelum diproses.

"Program susu untuk sekolah ini juga merangsang pertumbuhan industri tenusu tempatan," tambahnya lagi.

KEJAYAAN ANTARABANGSA

Jiran terdekat Malaysia, Thailand mempunyai kisah kejayaannya sendiri. Program ini yang dimulakan pada 1988 kini memberi harapan kepada 6.2 juta murid dari seluruh negara.

Selain itu, ia berjaya meningkatkan kadar pengambilan susu setiap tahun dalam 11 tahun pertama pelaksanaannya daripada dua liter pada tahun 1988 kepada 20 liter pada 1999.

Ketua Komunikasi Korporat DLMB, Jad Mahidin berharap ibu bapa dapat melihat impak positif program ini terhadap anak mereka.

Pihak kerajaan sudah menyediakan platform, dana dan fasiliti untuk menjayakan program ini, tetapi ianya pasti tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa sokongan padu ibu bapa.

Beliau mengakui terdapat kanak-kanak yang tidak boleh meminum susu kerana alah kepada susu tetapi bilangan mereka hanyalah kira-kira 0.1 peratus daripada lebih 1.5 juta murid.

"Terdapat banyak kes melibatkan murid yang sakit perut kerana meminum susu ketika perut kosong. Mereka tidak alah kepada susu. Biarlah mereka makan sekeping roti atau segenggam nasi sekali pun, pastikan perut anak terisi apabila ke sekolah," tambahnya lagi.

"Ibu bapa juga boleh menunjukkan contoh yang baik dengan turut meminum susu. Ia akan menjadi pendidikan tidak formal kepada anak untuk turut mengambil susu dalam diet harian," kata Jad lagi. 
-- BERNAMA

Monday 17 October 2011

Kaedah Pemberian Susu 1 Malaysia

SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR JOHOR

PENGENALAN

PS1M telah dijalankan di sekolah-sekolah sekitar Johor bertujuan untuk mengagihkan susu 1 Malaysia kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini telah dikendalikan oleh pihak pembekal susu Konsuma Sdn. Bhd. Program ini adalah usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Konsuma Sdn. Bhd. untuk membekalkan susu berteknologi Ultra Heat Treatment (UHT)

OBJEKTIF

a) Objektif PS1M dijalankan adalah untuk memberi bekalan gizi seimbang kepada murid-murid sekolah rendah.
b) Kesan daripada program ini, murid-murid dijangka mendapat faedah seperti penambahbaikan dalam pengambilan gizi makanan mereka setiap hari.
c) Daya fokus pembelajaran murid-murid akan bertambah.
d) Juga menggalakkan kepada amalan gaya hidup lebih sihat.

KAEDAH PEMBERIAN SUSU

1) PENGASINGAN

Pengasingan murid-murid dijalankan berdasarkan
a) Pengambilan diet
b) Kebiasaan meminum susu
c) Alahan – lactose intolerance
d) Kebenaran ibu bapa untuk meminum susu
e) Puasa

2) CARA MINUM SUSU

a) Sebelum minum susu murid-murid diminta untuk menggoncangkan susu
b) Susu akan dirasa sedikit untuk mengetahui kadar rasa susu (jika masam, susu hendaklah dibuang)
c) Bagi pelajar yang biasa minum susu, mereka digalakkan untuk minum sehingga habis.
d) Bagi pelajar yang tidak biasa, mereka digalakkan untuk minum separuh.
e) Bagi pelajar yang ada alahan, mereka dikehendaki pulang ke kelas tanpa minum susu.
f) Pembacaan doa bagi pelajar beragama Islam.

3) PEMANTAUAN PELAJAR

a) Pemantauan pelajar dijalankan pada setiap kelas dan darjah.
b) Pemantauan dilakukan selepas ½ - 1 jam murid-murid minum.
c) Antara jenis pemantauan yang dijalankan ialah sakit perut, muntah, cirit birit dan pening kepala.

4) RUMUSAN

Berikut adalah rumusan hasil daripada program PS1M di sekolah-sekolah sekitar Johor..

a) Peratusan murid-murid yang minum susu pada minggu kedua bertambah berbanding minggu pertama sebanyak 12 peratus.
b) Pemantauan awal seperti sakit perut dan pening kepala pelajar menunjukkan pengurangan.
c) Terdapat peningkatan kuantiti dalam (ml) susu yang diminum.
d) Terdapat maklumbalas positif daripada murid-murid bahawa mereka ingin menerima bekalan susu PS1M pada masa akan datang.
e) Penerangan telah diberikan kepada guru-guru mengenai isu keracunan yang berkaitan dengan susu.
f) Murid-murid telah diberi penerangan mengenai tatacara meinum susu yang betul.

5) AKTIVITI TAMBAHAN (KELAB KITAR SEMULA)

a) Selepas meminum susu, pelajar telah diajar untuk membuang lebihan susu, mengumpul kotak yang telah kosong bagi tujuan proses pengutaran semula. Dengan ini pelajar diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kebaikan kitar semula.

6) PENGHARGAAN

Pihak Konsuma Sdn. Bhd. mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat terutama kepada Pengetua sekolah , PKHEM, Penyelia Petang dan Cikgu Pengendalian Susu serta guru-guru lain yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang PS1M dijalankan.

7) LAMPIRAN

Gambar 1 - Penerangan diberikan kepada para pelajar tentang kaedah minum susu.
Gambar 2 - Pemantauan murid-murid selepas minum susu.
Gambar 3 - Pengasingan murid-murid.
Gambar 4 - Nilai-nilai baik juga diterapkan.
Gambar 5 - Lebihan susu diperah ke dalam baldi.
Gambar 6 - Susu dari dalam baldi dibuang ke saliran air yang mengalir.

Gambar 1 (Penerangan dari wakil pengedar Susu 1 Malaysia)

Gambar 2 (Murid2 dipantau selepas minum susu)
Gambar 3(Murid2 diasingkan berdasarkan profile mereka)
Gambar 4 (dah minum susu buang kotak dalam plastik sampah)
Gambar 5 ( lebihan susu diperah kedalam baldi)
Gambar 6 ( lebihan susu dibuang ke saliran air mengalir)

Wednesday 5 October 2011

Gambar Sesi Pemberian Susu 1 Malaysia

SK POLIS KEM, KULAI JOHOR
Murid2 berkumpul di kawasan lapang


Penerangan oleh wakil pengedar Susu 1 Malaysia tentang cara2 minum susu yang betul
Bacaan doa dilakukan sebelum minum susu
Murid2 mula minum susu
Murid2 yang alahan, tidak biasa minum susu, hanya diberi 1 atau 2 sedut saja