Monday 17 October 2011

Kaedah Pemberian Susu 1 Malaysia

SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR JOHOR

PENGENALAN

PS1M telah dijalankan di sekolah-sekolah sekitar Johor bertujuan untuk mengagihkan susu 1 Malaysia kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini telah dikendalikan oleh pihak pembekal susu Konsuma Sdn. Bhd. Program ini adalah usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Konsuma Sdn. Bhd. untuk membekalkan susu berteknologi Ultra Heat Treatment (UHT)

OBJEKTIF

a) Objektif PS1M dijalankan adalah untuk memberi bekalan gizi seimbang kepada murid-murid sekolah rendah.
b) Kesan daripada program ini, murid-murid dijangka mendapat faedah seperti penambahbaikan dalam pengambilan gizi makanan mereka setiap hari.
c) Daya fokus pembelajaran murid-murid akan bertambah.
d) Juga menggalakkan kepada amalan gaya hidup lebih sihat.

KAEDAH PEMBERIAN SUSU

1) PENGASINGAN

Pengasingan murid-murid dijalankan berdasarkan
a) Pengambilan diet
b) Kebiasaan meminum susu
c) Alahan – lactose intolerance
d) Kebenaran ibu bapa untuk meminum susu
e) Puasa

2) CARA MINUM SUSU

a) Sebelum minum susu murid-murid diminta untuk menggoncangkan susu
b) Susu akan dirasa sedikit untuk mengetahui kadar rasa susu (jika masam, susu hendaklah dibuang)
c) Bagi pelajar yang biasa minum susu, mereka digalakkan untuk minum sehingga habis.
d) Bagi pelajar yang tidak biasa, mereka digalakkan untuk minum separuh.
e) Bagi pelajar yang ada alahan, mereka dikehendaki pulang ke kelas tanpa minum susu.
f) Pembacaan doa bagi pelajar beragama Islam.

3) PEMANTAUAN PELAJAR

a) Pemantauan pelajar dijalankan pada setiap kelas dan darjah.
b) Pemantauan dilakukan selepas ½ - 1 jam murid-murid minum.
c) Antara jenis pemantauan yang dijalankan ialah sakit perut, muntah, cirit birit dan pening kepala.

4) RUMUSAN

Berikut adalah rumusan hasil daripada program PS1M di sekolah-sekolah sekitar Johor..

a) Peratusan murid-murid yang minum susu pada minggu kedua bertambah berbanding minggu pertama sebanyak 12 peratus.
b) Pemantauan awal seperti sakit perut dan pening kepala pelajar menunjukkan pengurangan.
c) Terdapat peningkatan kuantiti dalam (ml) susu yang diminum.
d) Terdapat maklumbalas positif daripada murid-murid bahawa mereka ingin menerima bekalan susu PS1M pada masa akan datang.
e) Penerangan telah diberikan kepada guru-guru mengenai isu keracunan yang berkaitan dengan susu.
f) Murid-murid telah diberi penerangan mengenai tatacara meinum susu yang betul.

5) AKTIVITI TAMBAHAN (KELAB KITAR SEMULA)

a) Selepas meminum susu, pelajar telah diajar untuk membuang lebihan susu, mengumpul kotak yang telah kosong bagi tujuan proses pengutaran semula. Dengan ini pelajar diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kebaikan kitar semula.

6) PENGHARGAAN

Pihak Konsuma Sdn. Bhd. mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat terutama kepada Pengetua sekolah , PKHEM, Penyelia Petang dan Cikgu Pengendalian Susu serta guru-guru lain yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang PS1M dijalankan.

7) LAMPIRAN

Gambar 1 - Penerangan diberikan kepada para pelajar tentang kaedah minum susu.
Gambar 2 - Pemantauan murid-murid selepas minum susu.
Gambar 3 - Pengasingan murid-murid.
Gambar 4 - Nilai-nilai baik juga diterapkan.
Gambar 5 - Lebihan susu diperah ke dalam baldi.
Gambar 6 - Susu dari dalam baldi dibuang ke saliran air yang mengalir.

Gambar 1 (Penerangan dari wakil pengedar Susu 1 Malaysia)

Gambar 2 (Murid2 dipantau selepas minum susu)
Gambar 3(Murid2 diasingkan berdasarkan profile mereka)
Gambar 4 (dah minum susu buang kotak dalam plastik sampah)
Gambar 5 ( lebihan susu diperah kedalam baldi)
Gambar 6 ( lebihan susu dibuang ke saliran air mengalir)

No comments:

Post a Comment