Sesi penerangan kepada team PS1M tentang cara2 pemberian susu |
Sebelum operasi, satu sesi penerangan telah dibuat bertujuan untuk memberitahu kepada kakitangan2 tentang cara2 pemberian susu yang betul kepada murid2 sekolah mengikut profile murid2. Ini kerana setiap murid mempunyai tahap penerimaan yang berlainan. Sesi penerangan ini penting supaya kakitangan yang bertugas dapat menjalankan tugas mereka dengan efisyen dan lancar serta tidak membuat kesilapan yang boleh mendatangkan kesan kepada murid2 yang meminum susu.
Gambar team PS1M di depan pintu utama salah sebuah sekolah di Johor |
Bersama Guru Besar (atas) & Pegawai Pendidikan Daerah (bawah) |
Kerjasama & kemesraan dari pihak mereka menunjukkan bahawa Program Susu 1 Malaysia mendapat sokongan dan maklum balas positif seterusnya menangkis persepsi2 negatif pihak2 tertentu tentang PS1M.
Program PS1M
bukan hanya sekadar 1 program retorik rasmi sahaja, bahkan juga dapat dijadikan sebagai medium untuk mendekati golongan kanak2 & pendidik dengan lebih akrab lagi.
Wakil PS1M bersama guru & murid2 |
Sesuatu yang menarik, pihak sekolah diwakili Guru Besar dan Guru Penyelia serta guru2 lain memberikan kerjasama yang cukup baik. Murid2 juga seronok
dan mengharapkan agar diberi susu lagi.
Secara sedar atau tidak PS1M telah melangkaui batas bangsa dan bahasa serta mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia.
Melalui PS1M juga, murid2 dibimbing untuk lebih menghargai alam sekitar di mana selepas minum susu, kotak2 susu dimanfaatkan oleh murid2 untuk dikitar semula. 1 lagi kebaikan PS1M secara tidak langsung.
Murid2 di sekolah jenis kebangsaan |
Murid2 sibuk dengan kotak2 susu mereka untuk dikitar semula |
AMACAM??
BEST X?
PROGRAM SUSU NI?
MACAM2 FAEDAH KAN??
No comments:
Post a Comment